Tanda dan simptom Difteria

Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("disfagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu" (bull neck). Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("takikardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomiopati [6] dan neuropati periferi (sensory type). [7]Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

Rujukan

WikiPedia: Difteria http://www.phac-aspc.gc.ca/msds-ftss/msds42e.html http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb3122.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic138.htm http://www.emedicine.com/med/topic459.htm http://www.emedicine.com/oph/topic674.htm http://www.emedicine.com/ped/topic596.htm http://scholar.google.com/scholar?hl=en&lr=&safe=o... http://www.healthsentinel.com/graphs.php?id=14&eve... http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/download...